Saturday, April 28, 2012

Matinya Lagenda Kung fu Bruce Lee.



Takkan hilang melayu di dunia.



Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya. Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni bela diri Jeet Kune Do.

Dato' Meor Abdul Rahman

Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.


Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee. Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau.


Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim. Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut.


Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak.



Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee. Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut. Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.
Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu. Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.)


 Menurut berita - berita dan sumber di Internet, media masa dan media cetak, beliau meninggal kerana satu penyakit. Beliau pengsan ketika sedang buat 'dubbing' untuk filem Enter The Dragon. Kemudian, beliau dapat disembuhkan daripada penyakit tu dengan bantuan seorang doktor.


[ BEBERAPA JAM SEBELUM KEMATIAN ]


Pada 20 Julai 1973, Bruce Lee pergi ke makan malam bersama dengan George Lazenby, aktor James Bond yang popular pada masa itu.


[ BEBERAPA MINIT SEBELUM KEMATIAN ]




Kemudian, jadualnya begitu sibuk . Pada petangnya, dia merasa sakit kepala lalu menggunakan ubat analgesic (painkiller) dan equagesic (yg mengandungi aspirin dan muscle relexant ). Jadi, lebih kurang pukul 7.30 pm, dia pun berehat dan tidur. Tetapi, selepas dia tidak turun makan malam, Chow datang ke apartmentnya dan mengejutkan Lee tapi sayang, Lee tidak bangun. Seorang doktor cuba untuk menyedarkannya sebelum Lee dihantar ke Queen ElizabethHospital. Tetapi, Lee sudah pon meninggal sebelum sampai di hospital.



Takkan melayu hilang didunia.Wahai bangsa-bangsaku sekalian,Kini negara kita negara Malaysia kian dijajah.Dalam senyap ramai orang cuba untuk memecahbelahkan kaum melayu,sedangkan pahlawan-pahlawan dulu bermati-matian cuba untuk menyelamatkan maruah orang melayu.Jangan pandang pada rupa seseorang,pandanglah ilmu yang ada pada dirinya.

Friday, April 20, 2012

Ayah Aziz :)






Ayahanda Aku Kuantan :)


Ayah Aziz :)
      
      That i call ayah sebab ya allah baiknya orangnya.Nama Abd Aziz.Merupakan seorang pengawal keselamatan kamsis B POLISAS.Mulanya ayah ni tersangatlah garang kerana penampilannya yang dianggap ouchh bisanya dia ni.Tetapi setelah hampir setahun aku kenal baru aku tahu betapa best and sportingnya ayah ni.What people said,dont judge a book by its cover.Kenal dulu baru taw la brother.

      Pernah dulu masa aku bawak kereta ke Kuantan,aku jalan-jalan ke Kampungnya di Berserah,fuhh dah macam pemandu VVIP aku time tu sebabnya kiri-kanan penuh dengan  sekililing manusia yang mengangkat tangan padanya.Ayah-ayah saya rindukan ayah sebenarnya,di hari kelak kalau saya tiada disini lagi,ingat-ingatlah saya sebab saya takda kawan orang yang berumur sporting macam ayah kat kampung saya.

      Saya Happy sebenarnya apabila kita dapat dipertemukan,cuma tempoh perkenalan dalam masa yang sangat singkat.Then yang paling best saya pernah hadiahkan ayah satu helain kain pelekat.Ayah doakan lah anakmu ni sentiasa dimurahkan rezeki serta senantiasa hidupnya diberkati oleh allah :)

      Macam mana aku nak melupakan semua ini?Masih adakah lagi orang tua yang sebaik ayah?Aku nak semua ni.Aku rindu Saat ni semua.Ya allah lindungilah perhubungan kami...

Dont judge a book by its cover :)

      CCN 5690,Aku rasa setiap hari aku tunggang moto ni,hahaha..Bestnye lahai.Bukannya cantik yang kita mahukan tetapi nilai sentimental yang ada pada moto ni.Aku rasa setiap kali aku nak make order,moto nilah yang aku naik."wan kalau dah naik,minyak aku ta banyak tu".Dialog yang biasa aku dengar tiap kali sebelum aku pulas minyak.hahahaWeh aku rindu semua ni!!!



      Ayah,ayah,ayahhhhhhhhhh..Kalau ada masa lagi,nak sangat aku berjumpa dikau lagi,semoga dengan tempoh perkenalan kita yang singkat ni,kita akan terus menjadi kawan sampai bila-bila.Walaupun perbezaan umur hampir sedekat,tetapi rasa hormat aku pada ayah tetap aku sanjung.Sebab aku rasa susah nak cari orang yang betul-betul baik dan sporting macam ni.Aku doakan semoga hidup ayah akan sentiasa dirahmati selalu.amin :)




Monday, April 9, 2012

Bahang final exam yang semakin hampir..

      Ya allah ya tuhanku,aku menadah tangan padamu mu ya allah aku memohon,berilah aku kejayaaan yang aku
impikan selama ini ya allah,aku inginkan semua ini demi menjaga keturunanku pada masa kelak.

      Huh..bahang final sem semakin terasa,ya allah ya tuhanku,dikau permudahkanlah segala urusan ku didiunia ini.Aku,aku yang semakin tension dengan kerja yang diberi akhirnya,alhamdulillah aku telah berjaya menyiapkan kesemua lab report Fats&oil and mikcob,semua ini juga adalah atas usaha aku yang tak suka menangguh kerja.

Aku mahukan kejayaan yang diimpikan tetapi aku perlu berusaha..

      Dengan tekad serta azam yang tinggi,aku percaya pada diri aku sendiri yang aku juga boleh seperti org2 lain.Ya allah nasib aku punyaan yang lebih ramai,jadi taklah aku terlampau bosan dekat  sini.Kenapa perasaan aku tiba-tiba bertukar menjadi sedih??

      Jawapannya senang je,sebab aku rindu keluarga aku,adik-adik aku,opah aku dan orang yang aku sayang..

Prayed for you

      Aku yang lemah lagi daig hanya mampu untuk berdoa agar allah sentiasa merahmati diriku.Semua orang wishme gudluck ok,thank you :)

Thursday, April 5, 2012

Final Project Last Sem.

PART 1

Semester akhir semester 5.

      Final project,final poject,final projectt...ahhhh...Hampir setiap malam aku memikirkan masalah ni,ya allah susahnya nak habiskan belajar kat poli ni,aku dah tak sabar nak jadi macam manusia yang diluar sana bebas daripada assigment + Lab Report + Quiz + Test = Failed.Aku nak berjaya weh macam orang yang kaya raya.

       Aku rasa mereka dulu kaya raya sebab tahap pemikiran yang diluar kotak penalti minda meraka..ahhhhhhhhhhh aku pun nak kaya jugak,mereka pun manusia biasa jugak macam aku,makan nasi bila sampai masanya.Apa beza mereka dengan aku??

      Sekarang masa untuk projek akhir.wan common wan,u can do it bro.Mama pun dulu macam tu jugak?dah tua-tua tapi semangat nak study,sebab apa,sebab mama pun nak anak dia pandai-pandai macam dia jugak.Alhamdulillah mama aku dapat No2 Terbaik khusus Nurses dalam Malaysia,Tahnia mama i love you <3.

      Kini masa aku pulak,nak habiskan diploma mesti kena lalui proses ni.Projek akhir,bila sampai masanya kumpulan aku dapat skop makmal.errr main dengan bahan kimia weh,dari UiTM lagi aku malas dah semua ni.Tapi aku kena tabahkan untuk Final projek yang nak datang ni,Wan semoga kau lepas dengan jayanya,amin...


Labelled

      Aku yang perasan hebat memulakan aktiviti dengan membuat label pada setiap alatan serta radas yang hendak digunakan.Ini bertujuan supaya barang dan sampel yang nak digunakan mudah dikenalpasti serta alat yang ingin dugunakan tidak hilang dicuri tikus mondok,hehehe...



NaOH

        Nama lain baginya ialah Nur Amalina Om Hairi,hahaha.Ni pallet untuk bancuh naoh lah.Disebabkan kepakaran kumpulan aku yang pakar,maka tanpa segan silu pembantu makmal memberikan kami ni supaya bancuh sendiri supaya kami menjadi semakin pandai,dan hasilnya.hehehe...



Sham & Ob

      Diantara orang kuat dalam kumpulan aku,asing-masing mempunyai kehebatan yang tiada tandingannya,terima kasih guys,uoollss the best bro :)



lotted
      Aku rasa kalau benda ni boleh bercakap,habis semua budak dalam makmal ni dia maki,benda yang paling kerap digunakan dengan hanya menekan kepalanya lalu keluarlah cecai putih yang sangat licin serta berbuih.jeng-jeng-jeng.kegilaan ramai pelajar TM tak kira lelaki ataupun perempuan,sebab apa best?sebab dia free :)



Aku main dengan budu,aww busuk...

      Aku rasa kalau suruh budak lain buat mesti taknak.walaupun ia mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan tapi akhirnya ia mennyenangkan kami berempat.Aku dan haiqal handle benda ni manakala sham dengan Ob timbang segala apa yang patut...



Penyulingan

        Last penyuilingan,proses ni melibatkan masa yang amat panjang,fuhh bosannya aku tunggu.Tapi hasilnya amat menarik...


To be Continued.....