Tuesday, December 17, 2013

UMT Swimming pool

Lets swim with me!

I believe i can flyyyy!!
Ohh biochem, yes entries yang aku nak shared dengan kalian semua adalah berkaitan dengan study bioche,
My final exam just around the corner, dengan itu test 2 masih belum dibuat lagi.. Aerghh stress nya, dan kalian perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan stress. Stress bermaksud terlampau tekanan, dan tekanan yang dimaksudkan otak menjadi saturated dengan segala biochem yang kami hafal.

Ya allah permudahkanlah segala apa yang kami rancang, kami telah mencuba dengan sebaiknya. Allah maha mengetahui, usaha dan tawakkal itu yang menjadi point utama sebenarnya.

Kini cakap banyak tak guna, kejap jer lagi test akan berlangsung, sekarang jam dah 3.30pm, so tinggal lagi 30minit untuk melansungkan test biochem yang kedua. Untuk semua kawan-kawanku, gudluck untuk diri aku dan kalian semua, kita semua mampu buat yang terbaik, gas!!!

Friday, December 13, 2013

Sekarang saya kat Negeri Pantai Timur Terengganu Darul Iman.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Ya allah rindunya nak berblogging.. Maaf sekarang sangat sibuk dan lamanya tak berceloteh..

     Buat semua kenalan, sekarang im back to continued my further study at Universiti Malaysia Terengganu. Dulu Polisas Kuantan Jurusan Diploma Teknologi Makanan dan Kini Bachelor Teknologi Makanan. Dan aku masih setia bersama jurusan Teknologi Makanan.

    Dan dulu aku terperuk di dalam hutan, tetapi kini aku di tepi lautan ciptaan yang sangat indah, tengok ni ha..

I love you kuda padi :)

      Dan kini ia merupakan diantara kuda padi perliharaan kesayangan aku, kini kau beraksi di UMT, semoga kau kekal bersama aku.

      Untuk sayang, awak jangan lah merajuk dengan saya. percayalah walau apapun yangf saya buat, awak tak pernah terlepas daripada pandangan saya. Sayang may allah bless us, 4 tahun saya dah berkenalan dengan awak. Semoga apa yang kita impikan menjadi kenyataan kelak sayang..

lots of love
-wan-

Friday, May 31, 2013

Lamanya rasa tak update Blog Gua.

Assalamualaikum..

     Lamanya tak update blog, ada blog tapi rasanya last update masa hari last berpraktikal, masyaallah lamanya. Blog ohh blog how to edit you bagi cantik and kemas sikit? kenapa ikan mas tu banyak tu je?
Rasanya lama sungguh aku tak bagi dia makan, tapi still hidup.

     Sesuai untuk mengarut. aku ingat nak buat blog lain yang siapa pun tak tahu, bukan apa, senang kalau aku nak lepaskan kata apa-apa dan bermacam lagi. Geram pun ada. Biasalah cabaran dan dugaan tu ada di mana-mana sahaja. Dan aku tetap aku :)


p/s : Dan aku tetap aku, muka ganaskan? hai my name is wan..

Thursday, October 11, 2012

Time "punch card"

Masa Itu Pedang

Assalamualaikum..




      Masa.Yea masa yang aku nak ketengahkan hari ini, sebabnya aku rasa seperti masa itu seperti pedang apabila kita tidak menggunakannya dengan betul. Patutlah sejak zaman sekolah lagi cikgu aku bagitahu bahawa hargailah masa itu sebab perkara inilah.



      Apabila aku menjalani latihan industri selama 22 minggu baru aku tahu dan bijak untuk menguruskan masa aku. Yea aku mengaku dulu aku merupakan seorang yang tidak pandai untuk menghargai setiap saat masa yang ada.


Nak jadi macam ni?jadi hargailah masa.

      Punch kad, yeaa dulu aku pun pernah kerja jugak, tapi kalini di kilang had pengawalan masanya tersangatlah penting. Sekiranya kita lambat tanpa sebarang alasan yang munasahab, Setiap seminit akan dipotong gaji sebanyak RM5.00. So tak hairanlah kenapa gaji aku kena potong sampai Rm55 bulan september ni. Aku menjadi panas hati?hahahaha only Gods know...


Cek suhu doh :)

   
  Report ohh report. Yess dekat tempat kerja amat menyeronokkan. Bebas daripada sebarang " hang kata aku, aku kata hang". Tetapi lain maslaah pulak tiba. Tetapi apa kan daya aku hanya insan kecil yang memegang status sebagai "student Practical". Kalau aku ada kuasa sehebat sang suria, akan aku rendam poitt2 mana yang merasakan diri mereka sebagai KING dalam kilang,hahaha...

      masa ohh masa, dahulunya masa aku praktikal masih berbaki 128 hari. Tetapi kini masa yang tinggal hanyalah 49 hari. Rasa macam kejap je masa berlalu kan? Tapi pada aku, penantian itu satu penyiksaan.Yess sebab apa aku kata begitu? Aku sedang berada dibawah jagaan kukubesi.
   
KukuBesi
      
 Dan aku tahu masa aku akan tiba juga. Semoga aku akan tabah menghadapi hari-hari berikutnya...


     

Saturday, September 29, 2012

Aku dan praktikal

On my way to food industries

          Assalamualaikum dan salam sejahtera.hmm,hmm.

Entry aku kalini aku nak shared dengan kawan-kawan yang mengenali diri aku, apa yang aku buat selama aku berada di kampung halamanku Taiping Perak. Untuk melengkapkan Diploma aku, kena lah aku menjalani latihan industri selama 6 bulan.

     Sekarang ni aku duk counting days je bila la nak habis,alhamdulillah dua yang pertama telah berlalu,bakinya masih lagi ada 63 hari.fuhhh lama tuu.

Aku tak sabar nak habis,cepat lah masa berlalu :) 

       Dan ni track perlumbaan aku semasa pergi Kilang.Ohh lupa nak kenalkan.Tempat aku praktikal adalah di sebuah kilang Roti di Daerah aku ni jugak Taiping Perak. Hari-hari pergi kerja naik moto.jimat minyak. nak chicken loop pun senang.hehehe...




Simpang yang pertama. Setiap pagi simpang ni penuh dengan pelbagai manusia yang ingin ke pasar borong, pekerja kilang, tokei-tokei basau dan termasuklah aku. Bendera politikdalam gambar aku ni tak bermaksud tidak ada apa-apa pun,kebetulan masuk dalam bingkai gambar aku.
















         Buat pensyarah yang dah datang melawat aku, terima kasih banyak aku ucapkan, rondunya dengan semua pensyarah di poli. Ya allah kuatkanlah semangatku ini,amin...

Friday, August 31, 2012

Prima Cake Product :)


Produk-Produk Keluaran Prima

Sempat lagi bergambar dengan Produk Keluaran Prima Food Quality Industries SDN.BHD. Banyak lagi keluarannya sebenarnya daripada segi dan dan roti.Hanya seberapa bilangan sahaja yang sempat saya merakamkannya :)





Chocolate Cream Bun RM0.60

Swiss Roll cake RM3.50

Biskut Bermutu Rm3.40

Marble Cake Rm3.40

Coconut Cream Roll 

Red Bean Bun Rm0.60

Sandwich Rm2.80

Bun Kacang RM0.60

Roti Jari Manis








Sardin Bun RM1.20

Curry Bun RM1.20

Jumbo Sweet Bun RM1.50

Bun Manis RM1.30