Tapi :-(
Aku rasa sedih sebab semangat orang sekarang dah tak macam orang dulu-dulu.Sangat susah untuk melihat jalur gemilang dikibarkan pada kenderaan mahupun di rumah.Ada yang memberi alasan bahawa bulan kemerdekaan ini disambut bersama-sama dengan bulan syawal.Adakah salah untuk mengibarkan jalur gemilang semasa bulan syawal ini..
Merdeka,merdeka,merdeka.Aku ingin mengucapkan Selamat menyambut kemerdekaan kali yang ke-54.Semoga negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai,Buka minda,buka hati kenali diri,berjaga-jaga dengan bangsa asing kerana mereka sentiasa berfikir bagaimana untuk merampas tanah air kita.Ayuh bangsaku bangun jangan kita bergaduh sesama bangsa sendiri.
![]() |
| Malaysiaku Germilang |
Adakah anda tahu makna warna & lambang yang ada pada jalur gemilang ini...?
Bendera Malaysia atau Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebarnya, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri:
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Pulau Pinang
- Perak
- Perlis
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Terengganu
- Kerajaan Persekutuan
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.
![]() |
| Hari Kebangsaan 2010 |
Kenangan 2010,Sambutan hari kemerdekaan 2010 di Stadium Sukpa Negeri pahang.Special thanks to Abg Joe sebab invite aku dan juga kawan-kawan yang lain untuk join program ni,bukan senang dapat join event-event besar macam ni,setahun sekali je,tu pun bernasib baik sebab pengarah program dia duk sebelah bilik aku je waktu aku sem2.Seronok gila time ni sebab kami merupakan wakil Ipta peringkat negeri pahang.
![]() |
| Depan |
| Kuala Kangsar,Perak |
Kuala kangsar,The Royal Town in Perak.Aku bukan nak cerita pasal Kuala Kangsar tapi aku nak cerita pasal keunikan rumah ni serta Betapa Semangatnya Paklong aku apabila bercerita tentang Kemerdekaan.Ni rumah dia,time aku snap ni pun aku dah nak balik beraya kat rumah dia.Rumah dia ni oldskol,toilet ada 2,satu dalam rumah,1 lagi luar rumah.hahaha..masih ada lagikan jamban luar rumah.Paklong ohh paklong,kalau diajak bersembang aku rasa sampai keesokkan paginya pun tak habis sebab paklong ni banyak gila idea dia bila nak bercerita.Orang lain 1 bendera pun susah nak taruk,tapi paklong 4 sekali,tu belum kereta dia lagi.May allah bless you Paklong...



