Monday, August 22, 2011

Hujan bukan halangan...

Nasi beriani..

Semalam beriani harini beriani lagi,memang best sebab aroma nasi dia menyegit sampai hujung lubang hidung.Lepas berbuka tadi mak aii sedapnya tidur denagn cuaca hujan pulak tu,berat gila nak kutip duit baju malam ni,dah la 9 blok,3 paras pulak tu,hasilnya 9x3=27.27 aras kena lalu sebab nak kutip duit baju.fuhh memang sesuatu yang memenatkan.Esoknya pulak ada test tanaman 2,arhhhhh dah la apa pun tak baca lagi ni :(

Malam ni merupakan 1 kenangan yang paling best dengan amen,from blok b langkau to Blok j,dah la hujan terun lebat pulak tu,mak aii,sampai je blok j,tak pulak kuyup habis.Amen boleh pulak duk pelok2 aku,ingat aku ni pompuan ka apa nak kepit2.hahaha..amen,amen..1 payung dua XL memang terbaiklah.Amen its ok,lepas ni kalau hujan lagi kita pakai payung pasar malam k,siap ada tapak kaki lagi,kalau letih kita tak payah pegang,letak je kat mana-mana,kompem tak tumbang,hahaha.peace...

Seluar baru.

Amen baru beli seluar,hahaha..style habis :)


Sunday, August 21, 2011

Suamiku makan darah haid serta air maniku


Ilmu hitam,rosaklah diri apabila anda mengamalkannya.
 
Seperti yang telah diceritakan oleh seorang ustaz. Aku just copy paste jer kat sini, untuk bacaan kita bersama – sebagai pengajaran dan tauladan bagi para isteri – dan secara tak langsung juga kepada para suami. Begini ceritanya…

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,”katanya,

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?”pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.


Wednesday, August 17, 2011

Dugaan...

Hidup ini penuh dengan dugaan,betul lah apa yang orang dulu-dulu cakap,mana ada benda dalam dunia ni yang senang,buat apa pun mesti ada baik buruknya.Manusia tu sendiri yang menentukan samada hidup dia senang ataupun susah dihari kelak.Tambah pulak sekarang ni kita semua dah besar,masing-masing punyai tanggungjawab yang tersendiri.Takkan hidup nak mengharap orang tua kita je,Mereka pun ada banyak lagi masalah dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan.

Aku semakin dewasa,
Aku rasa bila aku semakin besar lagi banyak masalah dan dugaan yang akan aku hadapi.Sekarang aku seorang pelajar,sebut je pelajar,faham-faham je lah,kerja mesti menimbun,5 lab report seminggu,main pulak dengan emosi dan tanggungjawab yang kita pikul,bukan senang weh nak jadi ketua sebab segala-galanya bercanggah antara pendapat kita dengan orang lain.Manusia lain sekadar bagi cadangan,lepas tu kalau aku tanya balik,"ohh tadi kan aku dah cakap"??hahaha..kalau dah pandai sangat cerr hang pulak jadi ketua biar aku jadi orang bawah.Chill dude,kita student,mana boleh tension-tension,control angin tu sikit,nanti nak buat apa pun tak terjadi.

Walaupun resiko tinggi kita tetap bersatu.

    Sem ni aku ada pd,nama lain bagi pd ialah "Food Product Development",patut la sem lepas,semua student-student sem4 cakap,tunggulah korang azab pd nanti.Sekarang aku sem4,jadi aku tengah lalui situasi tu sekarang.Omg PD sangat letih weh,1st week,present product,2ndweek change the real formulation,ahhh betapa geramnya aku 1st week buat product tu,dengan cairnya,dengan meletup-letup la minyak panas,pastu bancuh doh terlebih pulak,eeeeeeerrrrrrrrrrrrggggggggghhhhhhhhhhhhh geramnya aku weh,kenapa susah sangat nak berjaya ni??Tak boleh ke kalau duduk rumah goyang kaki ada duit masuk??.Tension gila aku time tu.Lepastu,habis lab kena kemas pulak lagi,mop lagi,lepas kita mop ada pulak yang pijak balik,fuhh nikmat weh.Makk aiii awok ni dah la dengan letihnya,puasa puasa pulak tu,rasa macam nak humban-humban je semua kerusi kat dalam lab tu..Nasib kumpulan aku semua rajin-rajin,bagi komitmen yang sangat baik,Jadi bila nak marah pun tengok muka diorang rasa fuhh lega je.Sayang from apa yang saya dengar daripada awak tu,sebenarnya macam not fair pun ada,mana boleh diorang gunakan kesempatan keatas awak,saya pun berada di situasi yang sama dengan awak.Mesti awak lagi tension daripada sayakan??Cubalah yang terbaik,Jangan awak seorang je yang besungguh-sungguh buat kerja,lepas tu semua orang dapat markah yang sama rata,not fair..

Saturday, August 13, 2011

Ohh bukan senang rupanya nak jaga hati perempuan...

       Alahai..dulu aku selalu buat kat orang,tapi sekarang aku pulak lah merasa.What goes around come around,Paat..hang lah bagi aku ayat ni,nampak sekarang aku dah rasa pun,Dunia ni adil,apa yang kita buat mesti ada balasan dia,allah dah berkata setiap perbuatan ada pembalasan,cuma lambat dengan kejap je.Fuhh susah weh nak jaga hati perempuan,tambah-tambah bila orang tu sayang kita.Maaf la,aku ni kadang-kadang ni terlepas pandang daripada semua tu,kadang-kadang apa yang kau buat ok,tapi kadang-kadang aku rasa macam errr..susahnya aku nak terima,mungkin sebab dulu perwatakan kita berbeza.Aku tak tahu nak cakap apa lagi,tapi aku betul-betul mintak maaf..


Wednesday, August 10, 2011

Homestay ni mesti best...

Otw to Kuala Pilah...

Time snap ni atas bas transnasional


      Time ni aku nak balik nogori,mak aii bosan gila duk atas bas lama-lama weh,macam nak kematu bontot den,raso macam den jo yang nak jadi driver bas tu,boleh den bawak laju-laju.Cepat sikit den sampainyo.hahaha.Bosan punya bosan,aku pun main lah snap-snap,gambar orang,pemandangan dan macam-macam lagi lah,Kini tiba masanya,dalam duk pandang kiri-kanan sehinggalah aku ternampak 1 signboad yang menggiurkan,hehehe.Elok pulak time aku sampai dekat persimpangan ketapi nak masuk Bahau.Bunyinya  dekat-dekat nak lucah pun ada,tapi sekadar hanya nama tempat.peace :)


Tuesday, August 9, 2011

Second trip Malacca

Cerewetnya perempuan beli barang..

      Ooo sekarang baru aku tahu kenapa ayah selalu suruh aku teman  mama beli barang,hehehe.mesti semua orang tertanya-tanya apa yang aku nak kongsikan kalinikan??jeng,jeng,jeng...

      This weekend,7/8/2011,Mun ajak aku pergi teman dia beli barang dekat Malacca,so aku cakap jomlah sebab aku ingat pun nak jugak cari sikit barang-barang untuk pakai raya ni,letih gila weh sepanjang perjalanan sebab time ni kan bulan puasa so makan ke,minum ke semua tak boleh,yang boleh hanyalah telan beberapa titik air luir yang sedia ada di bawah lidah aku ni ha,dah berapa kali regulate dah air liur aku telan,hahaha.Pilih punya pilih,barang aku pulak yang tak sempat nak dicari.Its ok you nanti ada masa kita keluar lagi.kalini i pulak king bukan you.hehehe...

Sunny+Sony
Official car :)

      Rare gila kereta ni yang,bertuah awak dapat kereta ni daripada abah.Best sebab old school,luaran pun dah cantik dalaman jangan cakap la,aircond lagi tu.So jalan sampai Jb pun takda hal lah.Cakap pasal minyak,urmm keta ni jimat minyak ke mun??kuat sikit kot sebab kereta ni masih lagi menggunakan teknologi  lama karburator,tak macam kereta-kereta sekarang ni yang kebanyakkannya dah menggunakan sistem injection :).Anyway alhamdulillah sampai jugak kita kt melaka kan muni??hehehe..

     
Tampin-Melaka
   
      On the way ke Melaka,Berhenti tepi jap,time ni dah nak masuk melaka dah,keluar ikut tampin masuk highway alor gajah and keluar Tol Ayer Keroh.Berhenti ni pun sebab tertarik sebab sepanjang jalan ni ada orang kampung situ jual produk yang berasakan kekabu,Asal berhenti je mesti ada la benda yang nak dibeli.its ok nanti saya print duit banyak-banyak yea.hehehe...


kasut yang ke-12

      I think more than 10 shop we went,but yang beli cuma 2 je,hehehe.alahai cerewetnya mun ni,dah macam datin-datin beli barang,itu tak kena la,ini tak kena lah,design dah cantik tapi cutting dia pulak tak cun,dah nak beli dah ni tapi saiz pulak takda,huhu,mesti best apabila anda laki-laki di luar sana will get married dengan bini-bini yang macam ni,Sabar naa,sebab sabar tu kan separuh daripada iman,peace,hehehe...



Street Art :)
      This picture i take at Kota A famosa Malacca,this person focus on her drawing,Thats we call street art,Time aku asyik pose kat sini,tiba-tiba terpandang akan pakcik ni ha duk melukis karya dulu-dulu sekitar bandar melaka,Pakcik ni sangat segan even ada orang nak ambil gambar dia sekali pun dia mesti buat tak tahu je,semoga pakcik akan diberkati selalu :)



Bazar Ramadhan Taman Cempaka Melaka

      Betapa ramainya manusia di sini,dah macam semut aku tengok,masing-masing sibuk memilih juadah untuk berbuka.Bazar ni terletak betul-betul depan JJ baru Melaka bersebelahan dengan tesco.Macam-macam style dan ragam kat sini aku tengok weh,fuhhhh bazar ramadhan sini terbaik lah,aneka juadah aku tengok,buat aku stim je,haishh,rambang gila weh mata aku time ni,semua makanan aku nak beli,Biasa la tangki tengok kosong,semua nak sumbat masuk.hahaha..Padahal bila dah berbuka semua tu tak makan pun,elakkan pembaziran :)


Kesimpulan

      Sebenarnya banyak je aku nak cerita kat sini weh,sebelum ni aku cuma dengar je daripada mulut orang yang perempuan ni kalau pilih barang kemain lamanya,macam pelik pun ada sebab jenis aku apa yang aku nak,apa yang aku nampak,agak-agak murah,sesuai ambil terus pergi bayar,tetapi beza pulak dengan si M ni ha.Apa yang aku nak kongsikan kali ni adalah betapa macam nak patahnya kaki aku teman si mun ni beli barang,mak aiii dah macam nak beli kereta pulak aku rasa,Start daripada terbit matahari sampai terbit bintang pun susah gila nak dapat barang yang dia nak.Pastu siap nak gaduh lagi sebab pening nak cari tempat berbuka,hehehe,im so sorry,biasa la tu salah sikit jangan la sembur terus,ishh pang kang nak?hehehe.Ooo sekarang ni aku dah faha,orang perempuan macam cenggini,alahai susahnya,macam mana lah nanti agaknya kalau dah kahwin?kalau aku ada anak,aku suruh anak aku je pergi teman mama dia beli barang,macam ayah aku?tapi ayah aku sayang mama aku woo,ikut je mana mama pergi,hopefully aku pun jadi macam daddy jugak,hahaha.Takkan nak duduk rumah goyang kaki je.Pastu balik rumah aku kena potpet.Sekarang kami masih belajar,jadi  tidak boleh terlalu sakan berbelanja.Perlu jimat untuk masa kelak.Insyaallah...


i love you munirah



Monday, August 1, 2011

Outing before fasting month

    Ramadhan,bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat islam,ia juga merupakan bulan yang mudah untuk mendapat ganjaran pahala sekiranya seorang itu banyak membuat kerja amal dan tingkatkan ibadah.Puasa tahun ni jatuh pada hari isnin 1/8/2011,sehari sebelum tarikh ni jugak kami ambil untuk keluar besama-sama.

   Mulanya keluar hanya untuk berjalan-jalan,tapi lama kelamaan kata-kata hanya tinggal abu yang hanyut di lautan,hahaha ayat nak top je,padahal dulu amik kejuruteraan tau kat sekolah bukan sastera pun.Diringkaskan cerita bermula apabila bas "Che D" singgal di ECM,jalan punya jalan,last masuk Padini,masuk je ramai yang sibuk duk korek-korek baju dalam longgokan atas rak,rupanya sale,bila sebut je sale,ni lah jadinya..

Wan yang ni ok tak?
       Ok Apan,bila harga dia jatuh,ambil je dulu,bukan senang nak harga macam ni,Elok aku pulak ada rebate yang tak pakai-pakai,dah nak terkoyak pun kupon tu,alang-alang sebelum terkoyak baik pakai cepat.hehehe.Apan sekali ambil sampai 4,pastu baju dia semua kaler sama kelabu je semua,tapi smart-smart,tengok la dia tanya siapa,hehehe.Minat betul dia Shopping,p/s Apan jangan sampai makan maggi je hari-hari lepas ni ok?botak kang kepala awak tu,hehehe..

Bai,Aiman,Apan,Sham,Aku,Amen,Kim
      Ha tudia,bila sale ni lah yang dapat,hahaha..pilih punya lama,ambil berapa helai je pun,beg je besar.Thanks you to bai sebab time ni dia dah nak balik pastu jumpa aku kat ecm dia ikut jugak aku dengan yang lain-lain.Kimi pulak suka buat hingap,hehehe,orang utara kata hingap ni macam buat kelam lah,padahal takda apa-apa pun tapi dia yang buat macam keling karam.Kerja dia duk bahan apan je memanjang.hahaha...



      Esok puasa,jadi harini makan puas-puas,hahaha.Selalu baham Kfc je tapi kalini aku baham a&w,singgah sini pun sebab nak tunggu budak-budak lain beli barang kt the store,lama sangat aku ajak la amen makan kt sini dulu,kesian amen,jarum punya jarum last-last Amen teman jugak aku makan,hahaha.mula-mula ingat nak order air ja pun sebab ramai budak cakap air dia best,sekali dah order ha ambil,ayam-ayam dia pun dah termasuk dalam list.Thanks you amen sebab makan sama-sama :)

Kita akan lebih gembira apabila bersatu :)
      Alhamdulillah,Kenangan,kenangan dan terus kenangan,merupakan kenangan yang sangat terindah sepanjang kami semua belajar disini,yang datang ke sini semuanya daripada berlainan negeri,ada yang dari Sabah,Sarawak,Johor,pahang,Perlis,Perak,Selangor dan sebagainya,special thanks to you ob as official photographer,ob picture kau dalam ni tak banyak weh,dalam fon kimi kot banyak,takpa nanti sekali lagi aku update aku bawak mini tripod k,so semua orang boleh masuk dalam ni,Semua dalam ni happy je sebab esok nak puasa,yeahhhh,hehehe :)