| Peace yooo.. |
Last paper on 25/4/11 paper tanaman.dan time tu jugalah hari last aku pegang pen,so macam manalah nak pegang pen nanti setelah 2 bulan tak pegang pen weh,mesti kekok gila.Habis je selesai semua perkara yang hendak dibuat kat poli aku terus tembak balik Taiping.Sampai ja Taiping 25/4/11 Tepat jam 5pagi,bertolak dari Kuantan pukul 8.45mlm.Cuti 2 bulan merupakan satu tempoh yang agak lama untuk berehat,jadi bermacam-macam rancangan yang bermain dalam kotak pemikiran aku ni,kalau duk rumah faham-faham lah semua free jadi berat badan pun free lah,hahaha..Duk rumah kayuh,mandi sungai,eh-eh sungai tak sebab sekarang ni heboh dekat bukit jana ada orang mati sebab kencing tikus,entah betul ke entah tak jadi aku pun tak pergi,baik aku elakkan semua tu daripada terkena.
Ada sesetengah kawan-kawanku yang masih stay di Kuantan untuk Buat semester pendek,selamat Berjaya aku ucapkan,buat yang terbaik weh.Lama Gila tak jumpa hangpa semua,rasa rindu pun ada,hehehe.Dekat sini aku nak kongsi la apa yang aku buat pada cuti sem kali ni.Aku pun sebenarnya baru je dalam blogger ni,nak kata diary aku memang takda lah,aku ni bukan mat-mat jiwang nak ada diary ni sangat,tapi hanya untuk suka-suka dan untuk berkongsi dengan semua orang.Orang first yang aku mintak tunjuk ajar ialah anas,Thanks you anas sebab hang kata aku banyak tiru hang punya style dalam blog,oo pandai dia,dia punya lawa-lawa,smart-smart,pastu bila aku amik dia kata aku tiru dia punya pulak,poooraahhhh..hehehe..
Nak menghasilkan blog ni sememangnya kena mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, sebab mula-mula nak belajar dia,mak aii susahnya application ni tak macam facebook,myspace and twitter.Blog ni sangat best, tambah-tambah kalau seseorang tu pandai berkarya,Tapi takpa,mula-mula aku memang tak pandai,nanti lama-lama mesti aku akan Berjaya juga menjadi seorang blogger yang hebat macam orang-orang lain,hehehe.besar woo cita-cita aku.opah cakap cita-cita kena tinggi barulah kita boleh Berjaya.hehehe..layann....
![]() |
| 7Eleven Malaysia |
From wikipedia
7-Eleven ialah sebuah francaisor, pelesen, dan pengendali rangkaian kedai serbanekaantarabangsa yang juga, sejak Mac 2007, menjadi rangkaian kedai terbesar dalam semua kategori setelah mengatasi McDonald's dengan 1,000 cawangan.[1] Kedai-kedainya terletak di 18 buah negara, dengan pasaran-pasaran terbesar di Jepun, Amerika Syarikat, Taiwan danThailand.
7-Eleven ialah anak syarikat Seven & I Holdings Co. di Jepun.
antara tawaran-tawaran 7-Eleven termasuk produk label persendirian, termasuk Slurpee, iaitu minuman separa beku yang diperkenalkan pada pertengahan 1960-an, dan Big Gulp, iaitu minuman ringan yang diisi dalam cawan besar yang bersaiz antara 20 dan 64 auns bendalir.
Kedai-kedai 7-Eleven di Malaysia dimiliki oleh Convenience Shopping Sdn. Bhd. (CSSB) yang kini mengendali kira-kira 800 buah kedai di seluruh negara dan berancang untuk mengembang sehingga 1000 cawangan. 7-Eleven di Malaysia ditubuhkan pada 4 Jun 1984 oleh Berjaya Group Berhad.
14/6/11
![]() |
| Ridzuan Zainuddin |
Tujuh sebelas Malaysia berhad merupakan Salah satu tempat aku mencari rezeki pada cuti semester kali ni.Aku dah taw cuti 2 bulan memang lama dan membosankan jadi cepat-cepat aku apply kerja,aku isi form 28/4/11 dia panggil interview 2/5/11 pukul 10pagi,11 malam dalam hari yang sama aku terus masuk kerja,tak sempat nak relax terus masuk kerja.Gaji takda la banyak tapi lepas la nak bayar yuran-yuran.Alhamdulillah semester ni aku masuk pakai duit sendiri.hehehe.disebabkan 7e aku ni frenchisee maka arak tidak masuk ke stor aku.Kerja best Cuma berdiri je lah memanjang.Pic ni pun diambil curi-curi sebab kalau Nampak oleh cctv mampos aku kene marah,tu yang tak sempat nak posing sakan..hehehe
![]() |
| 7e Bustand Kamunting |
Rompakan ni berlaku di Klang kalau taksilap,Berlaku tanpa disangka-sangka,sumber youtube.
![]() |
| Fixie Tok Wan |
Basikal ni aku jumpa dalam reban ayam tokwan,saja aku tengah sembang dengan tokwan tiba-tiba tokwan cakap dia ada satu basikal lama tergantung dalam reban,aku masuk la tengok,dia cakap last basikal ni dia gunakan pada tahun 1991,hahaha,time tu aku baru nak dilahirkan,bapak lama weh disimpan,condition dia masih baik Cuma time aku ambil ni tayar dia ja depan belakang pancit,so tukar tiub dalam terus boleh jalan.Basikal ni yang bestnya bukan apa Cuma unik pada handlenya,hahaha,dah macam moto virago weh,chopper bhai,aku pakai gerek ni bila aku nak p main dekat-dekat sini ja.ha kenangan dalam cuti kali ni,aku naik basikal ni pi bayar yuran weh,p BSN naik basikal.hahaha,best sebab parking mana-mana pun takkan hilang,kalau hilang pun senang nak cari dia,dalam Taiping aku sorang ja ada fixie ni,kuang ajaq punya shahir alias ada ka dia kata fixie.Dia boleh jadi fixie Cuma gear belakang dia ja hidup tak mati.Best kayuh ni sebab relax ja santai-santai.Ada orang nak beli tak??jawab dia memang tak la..Bak kata Nabil Ini Barang Best Bro..Peace yoo...
| Taiping Lakes Garden |
Siapa kata fixie dengan MTB tak boleh ride sama-sama?sebenarnya boleh,dia bergantung pada individu itu sendiri.Kalau pergaulannya betul maka buat apa pun boleh tak jadi masalah.Gambar ni aku snap waktu tengah ride,tiba-tiba jumpa budak-budak fixie yang tengah asyik bermain aksi.Aku panggil la diorang untuk bergambar.Ada orang kata,kalau takot basikal kotor baik main fixie ja,Kalau nak main bukit main MTB,jangan la cakap mcm tu,fixie n MTB ni sama ja,dua-dua perlukan tenaga untuk berkayuh,Kayuh nak laju,kayuh la power-power,tak semestinya basikal dia mahal dia boleh pergi laju,tak jugak,tengok minda masyarakat kita,asyik nak pandang yang negatif je.nasib la basikal tua tak boleh masuk Le Tour De Langkawi,kalau lah boleh masuk,yang kayuh tu Azizul Hasni awang pulak,roadbike ka,mtb ka,fixie ka,semua kena tapau weh.Tapi,ada tapinya juga,nak bersukan tu tengoklah tempatnya dan keadaanya dulu,kalau nak main bukit eloklah ada brake and safety2 lain macam helmets,glove,bukan apa incase jadi emergency tiba-tiba brake tak ada,mau tak melambung budak-budak fixie.Jadi gunakanlah Basikal yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi.Credit to mer,Thanks you mer..
![]() |
| Malaysian Lagend Cyclist |
Azizul Hasni Awang.Ini champion woo,Basikal dia saja kerajaan Malaysia Habiskan duit Hampir puluhan ribu ringgit,Jadi tidak hairanlah kerana ia juga merupakan seorang pelumba Negara yang digeruni di persada sukan basikal.
Zoo Downhill
| Lakes Garden |
In this picture were story about us,that are im,burn and achai ,we ride around Taiping lake garden,our place from Taiping lake garden is about 10km.We start ride from rumah achai sebab achai ni orangnya sangat malas nak kayuh dah,so kami kene gegar rumah dia.hehehe,sorry achai ngutuk mu sikit,burn pulak nama asalnya hakim bukan burn,tapi disebabkan nama bapaknya bakar so dengan anak-anak dia orang panggil burn.burn pun sama sorry sebab ngutuk mu.hehehe,time nak ride ni,achai panas gila sebab basikal dia rosak,gear belakang tak boleh berfungsi dengan baik,pastu tayar belakang pun gelong and brake belakang pun tak ada,sampai je kawasan bukit aku dengan burn pantas meninggalkan achai dibelakang.hehehe.Tapi achai orangnya sangat bagus sebab dia telah mensponsor aku @ botol air dengan 1 helmet,cehhh...Ngutuk2 jugak kenalah amik hati balik.hehehe.Thanks you achai.Burn pulak kayuh steady sebab basikal tip-top,susah jugak la nak maintain kayuhan dengan si burn ni sebab stamina dia power.Basikal pun bukan dia punya si pak burn bapak dia yang punya,dia tumpang sekaki je.hehehe.Memang bestlah dapat berkayuh dengan diorang ni,tambah-tambah dengan adanya si achai yang banyak celoteh tu,tak kering gusi kami sepanjang perkayuhan.lepas kayuh yang paling best lepak minum,hehehe,tekak tengah kering kena pulak teh o ais limau,nyum-nyum sedapnya.Dan,dan,dan yang paling suka sekali burn yang paying semua,Thanks you to burn too.hehehe...
| Man kan power,hahaha.. |
Gambar ini dirakamkan oleh adik achai iaitu lisa namanya kalau tak silap.Menceritakan tentang kami Swim Bukit Jana golf resort,wah English education konon,hehehe..Disebabkan cuaca di Taiping yang panas maka kami pun berpakat untuk berendam di swimming pool ni,Harga untuk kanak-kanak Rm5 dan Dewasa Rm6.kami masuk free sebab makcik achai ada beli kondo dalam resort ni,so kami tumpang atas nama makcik achai la.hehehe..Dalam gambar ni terdiri daripada kami 4 orang,aku,achai,adik achai dengan luqman.Luqman aku baru kenal di tuisyen sewaktu kami sama2 form 3 and achai aku dah kenal dia sejak di sekolah rendah lagi.Achai seorang pemain bola yang bagus so that tak hairan pernah satu ketika dulu dia terpilih untuk menyertai latihan menyertai pasukan bola sepak bawah 15 tahun perak.Luqman pulak anak orang kaya sebab mak bapak dia dua-dua cikgu,aku sangat rapat dengan family man sebab dari dulu sampai sekarang tak pernah miss datang raya umah man.hehehe,duit bhai,pastu makan pun sodap-sodap.Thanks you man and family,hehehe..
14/6/11
| Syammir Zahidi |
This is one of my beloved friends,Syammir anak dato zahidi,Masukkan pic mer ni sebab dia dah banyak snap pic aku time kt taiping.Asal nak Photoshoot ja mesti panggil mer sebab dia sangat handal dalam bidang fotografi mengalahkan lagenda manipulasi terkenal tanah air Kukubesi.hehehe.Mer mempunyai ilmu yang sangat tinggi dalam bidang kereta so that mer ni aku panggil dial lagenda,hampir 99.9% segala-galanya dia tahu.hehe.Mer,mer macam-macam la hang ni,kalau pakat nak kenakan orang memang hang no1,tapi mer,enjoy kawan dengan mer ni sebab dia ni sangat banyak bercakap then suka kacau aku,mer walaupun hang suka bahan aku tapi ingat aku lagi pandai kenakan hang balik,hahaha.Mer ni asyik panas ja dengan aku,aku sendiri pun tak faham.Mer,adakah anda masih menyimpan dendam sewaktu kita di sekolah teknik dulu??kalau ada ceq mintak maap naa,hehehe,kita sama-sama usaha mer supaya kita sama-sama Berjaya di hari kelak,Thanks you mer.adios..
21/6/11
![]() |
| Adik-adik,sayang woo.. |
Taman Tasik kamunting,depan rumah je weh,tapi nak pergi kt situ malas gila sebabnya ramai mak ayah bawak anak-anak diorang ke situ,so penuh dengan anak-anak kecil,aku dah lah jog laju,kang ada yang terlanggar pulak,hehehe.Yang sebelah kiri Ika dan sebelah kanan aku auni,dua-dua adik aku,yang si ika ni dapat SPA8 sebagai jururawat,semoga ika buat betul-betul dan mendapat kejayaan yang cemerlang,insyaallah.adikla pun sama,belajar betul-betul tahun depan upsr dah,nanti kalau belajar tak pandai macam mana nak sambung belajar tinggi-tinggi.Ifa dengan ira maaf tak story pasal hangpa,sebabnya pic takda,takpa tunggu yang lain punya pulak naa..Semoga adik-adikku dirahmati allah,amin..
Lepaking malam final maharajalawak
![]() |
| Jozan :) |
Special thanks to Luqman,farez@Goku,Ainur@orang tua,Danial@ayam,Achai,Syammir,Dean Manap,Arep Kampung Jambu,Harith shell and Akmal.Aku rasa yang tu last lepak beramai-ramai sebelum aku berangkat pulang ke Kuantan,OMG im so miss this moment,walaupun takda sorang lagi kawan baik aku tak ada Si Anas Afandy tapi tidak mengapa,mungkin dia sibuk dengan hal pejabat tanah yang kena diuruskan sampai tak sempat untuk melawat kami disini.hehe,its ok anas maybe ada hal yang lebih penting,nanti ada masa kita berjumpa lagi yea.malam tu sangat best sebab ramai berkumpul di kedai makan KFP Budin,Best lepak Kfp Bukan apa sebab screen dia dah macam wayang GSC Pavillion,tapi pavi mahal sini Cuma berbekalkan teh o ais rm1 duduk la hangpa sampai kebas punggung..malam tu budak penuh gila lepak sampai toke kedai abg budin siap hamparkan tikar lagi supaya orang yang berdiri tu dapat duduk dengan selesa,eleh macam kami tak tau,padahal nak untung lebih la tu,hehehe..Malam ni juga mer panas sebab perut dia masuk angin katanya.Balik berak sakan sampai tak sempat nak masuk tandas,hehehe,mer-mer tu la suka sangat kenakan orang..Weh aku rindu time ni dengan hangpa semua..im so miss this moment..
Kesimpulan
Dah macam lab report pulak nak kena ada conclusionkan??hehehe,practise awal-awal sebab sem kalini ada 5 subjek mempunyai lab report,OMG i must do the best.Kesimpulan daripada cuti sem kalini,im so sorry when ada sakitkan hati sesiapa,terkasar bahasa ke,gurau kasar ke,yang dah belanja aku tu thanks you so much aku ucapkan,ada rezeki nanti aku belanja balik yea,yang aku tak sebut nama dalam blog kali ni pun aku nak mintak maaf jugak,biasalah kalau nak diceritakan semua maka tak cukup 2 bulan aku karang kang.ACHAI Thanks you botol air dengan helmet MTB,MER Thanks you Aloe Vera yang hang bagi tu,aku nak bawak balik Kuantan and tanam kat poli aku,ANAS best gila p kacau anjing kat makationg,best sebab naik keta hang,hahaha.MAN RXZ Best sebab selalu ajak lepak,PAAT im so sorry aku tau aku banyak salah dengan hang sebab time hang ajak lepak aku selalu mengelak,maaf weh aku letih gila paat,HARITH janji nak berhenti kerja sama-sama dengan aku,tapi aku yang berhenti dulu,FAREZ amboi helmet baru awok yea,DANIAL hang jaga elok-elok bisnes ayam bapak hang tu,moga-moga hang boleh jadi toke ayam yang Berjaya suatu hari nanti,AZID amboi dah ada awek awok sekarang yea.Lastly thanks you to all my friends,thanks you for everything.Ok aku balik dulu,nanti ada masa berjumpa lagi kita,selamat berjuang buat rakan-rakan yang lain.Bye-bye Taiping,i will miss all of that.Salam..
Teh
-TAMAT-













