Aku rasa kejap sangat cuti sem kali ni,tak rasa macam cuti langsung.Bangun,tido,makan,mandi,tengok-tengok dah masuk hari esok.
Cepatnya masa berlalu,semakin hari umur semakin meningkat,pelbagai cabaran dihadapi.Ya allah bila dah balik duk kat rumah nak balik ke Kuantan mula lah perasaan rindu tu menebal, " Ya allah kau berikanlah keberkatan dalam kehidupan kami adik-beradik ya allah,aku amat menyanyangi mereka semua ".
Adik-adikku,suka aku berpesan,belajarlah rajin-rajin supaya masa depan kita terjamin,semakin meningkat zaman semakin banyak dugaan dan halangan menanti kita,tangini ia dengan bijaksana..Ya allah apa sebenarnya yang aku nak update ni??serabutnya kepala aku apabila memikirkan keluargaku yang ada disini,aku sayang semua weh..
Semua,semua adik-adikku dengar sini,aku abuan sayang hangpa semua,ingat belajar rajin-rajin,biar diri kita sentiasa dihormati dengan ilmu yang kita ada,ya allah apa yang aku merepek ni,kenapa semakin lama di rumah semakin rindu aku terhadap mereka.Mintak maaf kalau ada salah dan silap,Atikah bt Zainuddin abuan rasa bersalah sangat-sangat buat kat ika macam tu,abuan betul-betul tak sengaja.Semoga cuti abuan pada kalini memberi 1000 makna.
Awak,awak,Sentiasalah lah menemani saya walau dimana sekalipun
p/s i love you Munirah...
Ya allah kau tenangkanlah pemikiranku untuk kembali pulang ke Kuantan.Amin...
Monday, December 19, 2011
Monday, September 5, 2011
Merdeka...
Alhamdulillah Negara kita Malaysia telah mencapai kemerdekaan buat kali yang ke-54.
Tapi :-(
Aku rasa sedih sebab semangat orang sekarang dah tak macam orang dulu-dulu.Sangat susah untuk melihat jalur gemilang dikibarkan pada kenderaan mahupun di rumah.Ada yang memberi alasan bahawa bulan kemerdekaan ini disambut bersama-sama dengan bulan syawal.Adakah salah untuk mengibarkan jalur gemilang semasa bulan syawal ini..
Tapi :-(
Aku rasa sedih sebab semangat orang sekarang dah tak macam orang dulu-dulu.Sangat susah untuk melihat jalur gemilang dikibarkan pada kenderaan mahupun di rumah.Ada yang memberi alasan bahawa bulan kemerdekaan ini disambut bersama-sama dengan bulan syawal.Adakah salah untuk mengibarkan jalur gemilang semasa bulan syawal ini..
Merdeka,merdeka,merdeka.Aku ingin mengucapkan Selamat menyambut kemerdekaan kali yang ke-54.Semoga negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai,Buka minda,buka hati kenali diri,berjaga-jaga dengan bangsa asing kerana mereka sentiasa berfikir bagaimana untuk merampas tanah air kita.Ayuh bangsaku bangun jangan kita bergaduh sesama bangsa sendiri.
![]() |
| Malaysiaku Germilang |
Adakah anda tahu makna warna & lambang yang ada pada jalur gemilang ini...?
Bendera Malaysia atau Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebarnya, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri:
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Pulau Pinang
- Perak
- Perlis
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Terengganu
- Kerajaan Persekutuan
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.
![]() |
| Hari Kebangsaan 2010 |
Kenangan 2010,Sambutan hari kemerdekaan 2010 di Stadium Sukpa Negeri pahang.Special thanks to Abg Joe sebab invite aku dan juga kawan-kawan yang lain untuk join program ni,bukan senang dapat join event-event besar macam ni,setahun sekali je,tu pun bernasib baik sebab pengarah program dia duk sebelah bilik aku je waktu aku sem2.Seronok gila time ni sebab kami merupakan wakil Ipta peringkat negeri pahang.
![]() |
| Depan |
| Kuala Kangsar,Perak |
Kuala kangsar,The Royal Town in Perak.Aku bukan nak cerita pasal Kuala Kangsar tapi aku nak cerita pasal keunikan rumah ni serta Betapa Semangatnya Paklong aku apabila bercerita tentang Kemerdekaan.Ni rumah dia,time aku snap ni pun aku dah nak balik beraya kat rumah dia.Rumah dia ni oldskol,toilet ada 2,satu dalam rumah,1 lagi luar rumah.hahaha..masih ada lagikan jamban luar rumah.Paklong ohh paklong,kalau diajak bersembang aku rasa sampai keesokkan paginya pun tak habis sebab paklong ni banyak gila idea dia bila nak bercerita.Orang lain 1 bendera pun susah nak taruk,tapi paklong 4 sekali,tu belum kereta dia lagi.May allah bless you Paklong...
Monday, August 22, 2011
Hujan bukan halangan...
Nasi beriani..
Semalam beriani harini beriani lagi,memang best sebab aroma nasi dia menyegit sampai hujung lubang hidung.Lepas berbuka tadi mak aii sedapnya tidur denagn cuaca hujan pulak tu,berat gila nak kutip duit baju malam ni,dah la 9 blok,3 paras pulak tu,hasilnya 9x3=27.27 aras kena lalu sebab nak kutip duit baju.fuhh memang sesuatu yang memenatkan.Esoknya pulak ada test tanaman 2,arhhhhh dah la apa pun tak baca lagi ni :(
Malam ni merupakan 1 kenangan yang paling best dengan amen,from blok b langkau to Blok j,dah la hujan terun lebat pulak tu,mak aii,sampai je blok j,tak pulak kuyup habis.Amen boleh pulak duk pelok2 aku,ingat aku ni pompuan ka apa nak kepit2.hahaha..amen,amen..1 payung dua XL memang terbaiklah.Amen its ok,lepas ni kalau hujan lagi kita pakai payung pasar malam k,siap ada tapak kaki lagi,kalau letih kita tak payah pegang,letak je kat mana-mana,kompem tak tumbang,hahaha.peace...
![]() |
| Seluar baru. |
Amen baru beli seluar,hahaha..style habis :)
Sunday, August 21, 2011
Suamiku makan darah haid serta air maniku
![]() |
| Ilmu hitam,rosaklah diri apabila anda mengamalkannya. |
Seperti yang telah diceritakan oleh seorang ustaz. Aku just copy paste jer kat sini, untuk bacaan kita bersama – sebagai pengajaran dan tauladan bagi para isteri – dan secara tak langsung juga kepada para suami. Begini ceritanya…
Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.
Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.
“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.
“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.
“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.
“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.
“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.
“Entahlah.” katanya perlahan,
” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.
Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.
“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.
“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.
“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.
Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut
“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.
Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.
Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.
Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.
“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu
“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.
Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.
“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.
“InsyaAllah.” Balas saya.
Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.
“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”
“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.
Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.
“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.
“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.
“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.
“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.
“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.
“Keluar lendir bercampur nanah.”
Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”
“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.
Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.
“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.
Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.
“Ustaz,”katanya,
“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”
“Kenapa?”pantas saya bertanya…
“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;
Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.
Saya tanya “Kenapa?”
Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.
“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”
Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.
“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.
Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.
“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.
Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.
Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”
Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.
Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”
“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.
“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.
Mungkin dia terkejut.
“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.
“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.
Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.
“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.
“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.
“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.
Wednesday, August 17, 2011
Dugaan...
Hidup ini penuh dengan dugaan,betul lah apa yang orang dulu-dulu cakap,mana ada benda dalam dunia ni yang senang,buat apa pun mesti ada baik buruknya.Manusia tu sendiri yang menentukan samada hidup dia senang ataupun susah dihari kelak.Tambah pulak sekarang ni kita semua dah besar,masing-masing punyai tanggungjawab yang tersendiri.Takkan hidup nak mengharap orang tua kita je,Mereka pun ada banyak lagi masalah dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan.
Aku semakin dewasa,
Aku rasa bila aku semakin besar lagi banyak masalah dan dugaan yang akan aku hadapi.Sekarang aku seorang pelajar,sebut je pelajar,faham-faham je lah,kerja mesti menimbun,5 lab report seminggu,main pulak dengan emosi dan tanggungjawab yang kita pikul,bukan senang weh nak jadi ketua sebab segala-galanya bercanggah antara pendapat kita dengan orang lain.Manusia lain sekadar bagi cadangan,lepas tu kalau aku tanya balik,"ohh tadi kan aku dah cakap"??hahaha..kalau dah pandai sangat cerr hang pulak jadi ketua biar aku jadi orang bawah.Chill dude,kita student,mana boleh tension-tension,control angin tu sikit,nanti nak buat apa pun tak terjadi.
![]() |
| Walaupun resiko tinggi kita tetap bersatu. |
Sem ni aku ada pd,nama lain bagi pd ialah "Food Product Development",patut la sem lepas,semua student-student sem4 cakap,tunggulah korang azab pd nanti.Sekarang aku sem4,jadi aku tengah lalui situasi tu sekarang.Omg PD sangat letih weh,1st week,present product,2ndweek change the real formulation,ahhh betapa geramnya aku 1st week buat product tu,dengan cairnya,dengan meletup-letup la minyak panas,pastu bancuh doh terlebih pulak,eeeeeeerrrrrrrrrrrrggggggggghhhhhhhhhhhhh geramnya aku weh,kenapa susah sangat nak berjaya ni??Tak boleh ke kalau duduk rumah goyang kaki ada duit masuk??.Tension gila aku time tu.Lepastu,habis lab kena kemas pulak lagi,mop lagi,lepas kita mop ada pulak yang pijak balik,fuhh nikmat weh.Makk aiii awok ni dah la dengan letihnya,puasa puasa pulak tu,rasa macam nak humban-humban je semua kerusi kat dalam lab tu..Nasib kumpulan aku semua rajin-rajin,bagi komitmen yang sangat baik,Jadi bila nak marah pun tengok muka diorang rasa fuhh lega je.Sayang from apa yang saya dengar daripada awak tu,sebenarnya macam not fair pun ada,mana boleh diorang gunakan kesempatan keatas awak,saya pun berada di situasi yang sama dengan awak.Mesti awak lagi tension daripada sayakan??Cubalah yang terbaik,Jangan awak seorang je yang besungguh-sungguh buat kerja,lepas tu semua orang dapat markah yang sama rata,not fair..
Saturday, August 13, 2011
Ohh bukan senang rupanya nak jaga hati perempuan...
Alahai..dulu aku selalu buat kat orang,tapi sekarang aku pulak lah merasa.What goes around come around,Paat..hang lah bagi aku ayat ni,nampak sekarang aku dah rasa pun,Dunia ni adil,apa yang kita buat mesti ada balasan dia,allah dah berkata setiap perbuatan ada pembalasan,cuma lambat dengan kejap je.Fuhh susah weh nak jaga hati perempuan,tambah-tambah bila orang tu sayang kita.Maaf la,aku ni kadang-kadang ni terlepas pandang daripada semua tu,kadang-kadang apa yang kau buat ok,tapi kadang-kadang aku rasa macam errr..susahnya aku nak terima,mungkin sebab dulu perwatakan kita berbeza.Aku tak tahu nak cakap apa lagi,tapi aku betul-betul mintak maaf..
Wednesday, August 10, 2011
Homestay ni mesti best...
Otw to Kuala Pilah...
![]() |
| Time snap ni atas bas transnasional |
Time ni aku nak balik nogori,mak aii bosan gila duk atas bas lama-lama weh,macam nak kematu bontot den,raso macam den jo yang nak jadi driver bas tu,boleh den bawak laju-laju.Cepat sikit den sampainyo.hahaha.Bosan punya bosan,aku pun main lah snap-snap,gambar orang,pemandangan dan macam-macam lagi lah,Kini tiba masanya,dalam duk pandang kiri-kanan sehinggalah aku ternampak 1 signboad yang menggiurkan,hehehe.Elok pulak time aku sampai dekat persimpangan ketapi nak masuk Bahau.Bunyinya dekat-dekat nak lucah pun ada,tapi sekadar hanya nama tempat.peace :)
Tuesday, August 9, 2011
Second trip Malacca
Cerewetnya perempuan beli barang..
Ooo sekarang baru aku tahu kenapa ayah selalu suruh aku teman mama beli barang,hehehe.mesti semua orang tertanya-tanya apa yang aku nak kongsikan kalinikan??jeng,jeng,jeng...
This weekend,7/8/2011,Mun ajak aku pergi teman dia beli barang dekat Malacca,so aku cakap jomlah sebab aku ingat pun nak jugak cari sikit barang-barang untuk pakai raya ni,letih gila weh sepanjang perjalanan sebab time ni kan bulan puasa so makan ke,minum ke semua tak boleh,yang boleh hanyalah telan beberapa titik air luir yang sedia ada di bawah lidah aku ni ha,dah berapa kali regulate dah air liur aku telan,hahaha.Pilih punya pilih,barang aku pulak yang tak sempat nak dicari.Its ok you nanti ada masa kita keluar lagi.kalini i pulak king bukan you.hehehe...
Sunny+Sony
| Official car :) |
Rare gila kereta ni yang,bertuah awak dapat kereta ni daripada abah.Best sebab old school,luaran pun dah cantik dalaman jangan cakap la,aircond lagi tu.So jalan sampai Jb pun takda hal lah.Cakap pasal minyak,urmm keta ni jimat minyak ke mun??kuat sikit kot sebab kereta ni masih lagi menggunakan teknologi lama karburator,tak macam kereta-kereta sekarang ni yang kebanyakkannya dah menggunakan sistem injection :).Anyway alhamdulillah sampai jugak kita kt melaka kan muni??hehehe..
![]() |
| Tampin-Melaka |
On the way ke Melaka,Berhenti tepi jap,time ni dah nak masuk melaka dah,keluar ikut tampin masuk highway alor gajah and keluar Tol Ayer Keroh.Berhenti ni pun sebab tertarik sebab sepanjang jalan ni ada orang kampung situ jual produk yang berasakan kekabu,Asal berhenti je mesti ada la benda yang nak dibeli.its ok nanti saya print duit banyak-banyak yea.hehehe...
![]() |
| kasut yang ke-12 |
I think more than 10 shop we went,but yang beli cuma 2 je,hehehe.alahai cerewetnya mun ni,dah macam datin-datin beli barang,itu tak kena la,ini tak kena lah,design dah cantik tapi cutting dia pulak tak cun,dah nak beli dah ni tapi saiz pulak takda,huhu,mesti best apabila anda laki-laki di luar sana will get married dengan bini-bini yang macam ni,Sabar naa,sebab sabar tu kan separuh daripada iman,peace,hehehe...
![]() |
| Street Art :) |
This picture i take at Kota A famosa Malacca,this person focus on her drawing,Thats we call street art,Time aku asyik pose kat sini,tiba-tiba terpandang akan pakcik ni ha duk melukis karya dulu-dulu sekitar bandar melaka,Pakcik ni sangat segan even ada orang nak ambil gambar dia sekali pun dia mesti buat tak tahu je,semoga pakcik akan diberkati selalu :)
![]() |
| Bazar Ramadhan Taman Cempaka Melaka |
Betapa ramainya manusia di sini,dah macam semut aku tengok,masing-masing sibuk memilih juadah untuk berbuka.Bazar ni terletak betul-betul depan JJ baru Melaka bersebelahan dengan tesco.Macam-macam style dan ragam kat sini aku tengok weh,fuhhhh bazar ramadhan sini terbaik lah,aneka juadah aku tengok,buat aku stim je,haishh,rambang gila weh mata aku time ni,semua makanan aku nak beli,Biasa la tangki tengok kosong,semua nak sumbat masuk.hahaha..Padahal bila dah berbuka semua tu tak makan pun,elakkan pembaziran :)
Kesimpulan
Sebenarnya banyak je aku nak cerita kat sini weh,sebelum ni aku cuma dengar je daripada mulut orang yang perempuan ni kalau pilih barang kemain lamanya,macam pelik pun ada sebab jenis aku apa yang aku nak,apa yang aku nampak,agak-agak murah,sesuai ambil terus pergi bayar,tetapi beza pulak dengan si M ni ha.Apa yang aku nak kongsikan kali ni adalah betapa macam nak patahnya kaki aku teman si mun ni beli barang,mak aiii dah macam nak beli kereta pulak aku rasa,Start daripada terbit matahari sampai terbit bintang pun susah gila nak dapat barang yang dia nak.Pastu siap nak gaduh lagi sebab pening nak cari tempat berbuka,hehehe,im so sorry,biasa la tu salah sikit jangan la sembur terus,ishh pang kang nak?hehehe.Ooo sekarang ni aku dah faha,orang perempuan macam cenggini,alahai susahnya,macam mana lah nanti agaknya kalau dah kahwin?kalau aku ada anak,aku suruh anak aku je pergi teman mama dia beli barang,macam ayah aku?tapi ayah aku sayang mama aku woo,ikut je mana mama pergi,hopefully aku pun jadi macam daddy jugak,hahaha.Takkan nak duduk rumah goyang kaki je.Pastu balik rumah aku kena potpet.Sekarang kami masih belajar,jadi tidak boleh terlalu sakan berbelanja.Perlu jimat untuk masa kelak.Insyaallah...
![]() |
| i love you munirah |
Monday, August 1, 2011
Outing before fasting month
Ramadhan,bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat islam,ia juga merupakan bulan yang mudah untuk mendapat ganjaran pahala sekiranya seorang itu banyak membuat kerja amal dan tingkatkan ibadah.Puasa tahun ni jatuh pada hari isnin 1/8/2011,sehari sebelum tarikh ni jugak kami ambil untuk keluar besama-sama.
Mulanya keluar hanya untuk berjalan-jalan,tapi lama kelamaan kata-kata hanya tinggal abu yang hanyut di lautan,hahaha ayat nak top je,padahal dulu amik kejuruteraan tau kat sekolah bukan sastera pun.Diringkaskan cerita bermula apabila bas "Che D" singgal di ECM,jalan punya jalan,last masuk Padini,masuk je ramai yang sibuk duk korek-korek baju dalam longgokan atas rak,rupanya sale,bila sebut je sale,ni lah jadinya..
| Wan yang ni ok tak? |
Ok Apan,bila harga dia jatuh,ambil je dulu,bukan senang nak harga macam ni,Elok aku pulak ada rebate yang tak pakai-pakai,dah nak terkoyak pun kupon tu,alang-alang sebelum terkoyak baik pakai cepat.hehehe.Apan sekali ambil sampai 4,pastu baju dia semua kaler sama kelabu je semua,tapi smart-smart,tengok la dia tanya siapa,hehehe.Minat betul dia Shopping,p/s Apan jangan sampai makan maggi je hari-hari lepas ni ok?botak kang kepala awak tu,hehehe..
| Bai,Aiman,Apan,Sham,Aku,Amen,Kim |
Ha tudia,bila sale ni lah yang dapat,hahaha..pilih punya lama,ambil berapa helai je pun,beg je besar.Thanks you to bai sebab time ni dia dah nak balik pastu jumpa aku kat ecm dia ikut jugak aku dengan yang lain-lain.Kimi pulak suka buat hingap,hehehe,orang utara kata hingap ni macam buat kelam lah,padahal takda apa-apa pun tapi dia yang buat macam keling karam.Kerja dia duk bahan apan je memanjang.hahaha...
Esok puasa,jadi harini makan puas-puas,hahaha.Selalu baham Kfc je tapi kalini aku baham a&w,singgah sini pun sebab nak tunggu budak-budak lain beli barang kt the store,lama sangat aku ajak la amen makan kt sini dulu,kesian amen,jarum punya jarum last-last Amen teman jugak aku makan,hahaha.mula-mula ingat nak order air ja pun sebab ramai budak cakap air dia best,sekali dah order ha ambil,ayam-ayam dia pun dah termasuk dalam list.Thanks you amen sebab makan sama-sama :)
| Kita akan lebih gembira apabila bersatu :) |
Alhamdulillah,Kenangan,kenangan dan terus kenangan,merupakan kenangan yang sangat terindah sepanjang kami semua belajar disini,yang datang ke sini semuanya daripada berlainan negeri,ada yang dari Sabah,Sarawak,Johor,pahang,Perlis,Perak,Selangor dan sebagainya,special thanks to you ob as official photographer,ob picture kau dalam ni tak banyak weh,dalam fon kimi kot banyak,takpa nanti sekali lagi aku update aku bawak mini tripod k,so semua orang boleh masuk dalam ni,Semua dalam ni happy je sebab esok nak puasa,yeahhhh,hehehe :)
Wednesday, July 27, 2011
![]() |
| Thanks you Beauty :) |
Table ni dia siapkan untuk aku.Aku bising kat dia sebab sem ni aku ambil subjek MUET tapi english aku tak power macam dia,bila cakap english cair je,pergghh..mana boleh tahan weh,jealous woo,so aku mintak tolong dia ajarkan,japgi dia hantarkan basic jadual ni untuk aku,amboi macam kindergarden school buts im so appreciate it,Yeahhh,now im so happy becouse i have my own english lecturer,Munirah Aziz,special thanks to you my dear becouse sanggup turunkan ilmu awak yang sangat hebat tu dalam bahasa orang putih.hehehe.Amboi kalau cek mp3 dia tak ada langsung lagu melayu,semuanya mat salleh je,The beattles la,Gorillaz la,Ramli Sarip takda pun aku tengok,.Insyaallah dengan adanya kak mun ni,semakin advanced lah english education i sayang.hehehe :)
![]() | ||
| Awok pun belajar english education.. |
Usop wilcha the most popular person in Malaysia,His famous from "Hantu Kak Limah Balik Rumah" that the one box office movie director by Mamat Khalid.
Tuesday, July 26, 2011
Sound sistem dulu-dulu
| Mengalunkan alunan muzik Retro :) |
Mama...
Thanks you for the radio..
Im really love it,walaupun radio ni barang lama tapi still boleh berbunyi,bestnya.Malam-malam takda lah bosan buat lab report yang semakin banyak discussionnya,dulu sem 1 kalau buat je lab report je discussion 1 muka surat pun tak sampai,tapi bila dah semakin tua ni makin banyak pulak discussionnya,satu lab memerlukan 3 muka surat discussion,sem ni ada 5 lab report yang ada discussion,so 5x3=15.Setiap minggu aku menghabiskan a4 paper yang ayah bagi untuk siapkan discussion sahaja,belum masuk introduction lagi,apparatus lagi,method lagi,wow.hehehe.Bunyi macam bestkan,nasiblah pakai a4,kalau pakai text pad,tak botak kepala ayah asyik-asyik mintak duit je.
Cerita pasal radio ni bermula begini,lagi 2 hari aku nak balik Kuantan buka sem baru ni,aku pun kemas-kemas lah barang aku,masukkan barang dalam begla,lipat-lipat baju,asingkan mana barang yang nak bawak.Mama pun tengah kemas stor kt belakang,pastu mama tanya "iwan nak tak radio ni,ni radio mama dulu-dulu time belajar jugak,wahhh pantang offer terus aku sapu,dulu mama aku pun belajar jugak macam aku,,tapi mama aku nursing.Radio ni best sebab patern dia tu klasik ja,kena pulak Sinar fm,fuh memang bestlah.
Thanks you mama,i love you :)
Saturday, July 23, 2011
Hari hujan ni Kak Long,Laju-laju tu nak kemana?
Assalamualaikum..
Lama gila tak update blog,maaf la aku busy,aku pun ada banyak kerja yang perlu aku siapkan,Buka je sem baru ni macam-macam aku kena settlekan,biasalah sejak jadi ketua kelas ni,Akulah king kelas,hehehe.
Sem baru jadual padat,tapi tengah-tengah jadual kosong dan yang paling best sekali ada kelas jumaat petang,wow that so fantastic man,lepas sembahyang jumaat malas gila nak g kelas weh,kepala ting-tong je teringatkan bantal.Jadi kalau saya tertido awal,sayang im so sorry kalau tak reply message or answer ur call,Sem ni banyak lab and kelas muet belum mula lagi tu.tapi saya akan cuba yang terbaik :)
Aku update kalini sebenarnya aku nak cerita pasal satu kemalangan yang jadi betul-betul depan mata aku,time kemalangan ni berlaku aku baru balik dari "ecm" East Cost Mall,Jalan otw nak balik terminal lah,time tu pun hujan renyai-renyai,aku jalan dengan Apan,tengah-tengah duk berjalan tiba-tiba dengar berdentum macam batu-bata jatuh daripada tingkat tinggi,aku cam tak kisah sangat la kan sebab dekat area-area tu pun tengah sibuk bangla duk renovate bangunan.Lintas je jalan besar aku tengok jalan dah jem,eh apahal pulak ni,ceewahh mcm suspen sangat,aku pergi rapat tengok-tengok ada kemalangan 3 biji keta,kes dia macam langgar bontot keta lah,hahaha mcm lawak pun ada sebab time aku g rapat snap picture ni ada satu brader macam ngamuk-ngamuk nak serang awek yang langgar keta dia tu,amboi mentang-mentang gf dia tu pelok dia,dia nak action pulak depan orang ramai,hahahaha romantic pun ada weh,macam cita omputih.Yang geram tu lagi orang awam duk tanya lagi tu dia duk buat kelam-kabut dia,padahal bukan ada luka-luka apa pun,haiishhhh tulah,bila pompuan langgar je ada la yang tak kena.Biasa lah sebab laki kan macho,peewwwiiit :)
| Time ni aku baru sampai,jeng,jeng,jeng.. |
Awek ni lah yang langgar keta brader depan tu,brader tu panas gila,time aku snap ni aku tengok muka awek ni sangat serabot,tapi kawan dia mcm relax je macam takda apa yang berlaku.Aku rasa la kan,ni mesti kes curi keta mak la ni,keluar senyap-senyap tak bagitau parents,hahaha :)
| Keta Biru ni lah salah... |
Keta biru ni la salah,keta ni awek yang gayut fon tu punya,maybe dia cam serabut sebab keta ni dia pakai cuti-curi kot,time aku g tengok keta ni,mak aii teruk ni,ini mesti laju gila sampai tak sempat nak brake,kata membe dia brake rosak,hahaha,cer tengok dengan keadaan permukaan jalan dengan alasan yang dia bagi tu,memang best kan,dah laju pastu licin pulak memang sliding lah..
| Hero Vs Heroin |
alololo sweetnya,hehehe.ni la keta yang awek kancil tu langgar,mak aii dah macam filem hindustan,bf dia marah gila then awek dia cpt2 peluk and tarik dia,agak-agak kalau mcm ni dah kawen ke belum?hehehe..lagi orang tanya dia,lagi dia marah.Aku pulak duk sibuk snap pic depa ni.Dari sini pun dah tau yang gf dia betul-betul sayangkan dia :)
| Putarkan,jilat,celup.. |
Sebagaimana tagline oreo,Beginilah keadaan kereta brother yang loving dengan awek dia tadi tu.Huh nasib tak jadi ayam penyek.tapi kalau tengok dari no flat dia pun rasa keta dia ni macam baru ja,tak pun bro ni pun dia pinjam keta bapak dia,sebab resah semacam ja aku tengok.Apa lagi,tikam,tikam nombor,mana tau kena.hehehe
![]() |
| Aku rasalahkan... |
Berhati-hatilah sewaktu memandu,sila pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan,Baca doa sebelum memulakan pemanduan semoga dirahmati olehnya.Hormatilah pemandu-pemandu lain.kalau nak bawak laju-laju,ha pi masuk sepang sana,jangan buktikan atas highway,nanti bila laju-laju sangat pun boleh kena saman,pastu mula la serabot takda duit nak bayar saman,peace yauu..Sayangilah nyawa,duit,isteri,anak-anak dan mak bapak anda :)
Wednesday, June 29, 2011
Sem Break April-July
| Peace yooo.. |
Last paper on 25/4/11 paper tanaman.dan time tu jugalah hari last aku pegang pen,so macam manalah nak pegang pen nanti setelah 2 bulan tak pegang pen weh,mesti kekok gila.Habis je selesai semua perkara yang hendak dibuat kat poli aku terus tembak balik Taiping.Sampai ja Taiping 25/4/11 Tepat jam 5pagi,bertolak dari Kuantan pukul 8.45mlm.Cuti 2 bulan merupakan satu tempoh yang agak lama untuk berehat,jadi bermacam-macam rancangan yang bermain dalam kotak pemikiran aku ni,kalau duk rumah faham-faham lah semua free jadi berat badan pun free lah,hahaha..Duk rumah kayuh,mandi sungai,eh-eh sungai tak sebab sekarang ni heboh dekat bukit jana ada orang mati sebab kencing tikus,entah betul ke entah tak jadi aku pun tak pergi,baik aku elakkan semua tu daripada terkena.
Ada sesetengah kawan-kawanku yang masih stay di Kuantan untuk Buat semester pendek,selamat Berjaya aku ucapkan,buat yang terbaik weh.Lama Gila tak jumpa hangpa semua,rasa rindu pun ada,hehehe.Dekat sini aku nak kongsi la apa yang aku buat pada cuti sem kali ni.Aku pun sebenarnya baru je dalam blogger ni,nak kata diary aku memang takda lah,aku ni bukan mat-mat jiwang nak ada diary ni sangat,tapi hanya untuk suka-suka dan untuk berkongsi dengan semua orang.Orang first yang aku mintak tunjuk ajar ialah anas,Thanks you anas sebab hang kata aku banyak tiru hang punya style dalam blog,oo pandai dia,dia punya lawa-lawa,smart-smart,pastu bila aku amik dia kata aku tiru dia punya pulak,poooraahhhh..hehehe..
Nak menghasilkan blog ni sememangnya kena mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, sebab mula-mula nak belajar dia,mak aii susahnya application ni tak macam facebook,myspace and twitter.Blog ni sangat best, tambah-tambah kalau seseorang tu pandai berkarya,Tapi takpa,mula-mula aku memang tak pandai,nanti lama-lama mesti aku akan Berjaya juga menjadi seorang blogger yang hebat macam orang-orang lain,hehehe.besar woo cita-cita aku.opah cakap cita-cita kena tinggi barulah kita boleh Berjaya.hehehe..layann....
![]() |
| 7Eleven Malaysia |
From wikipedia
7-Eleven ialah sebuah francaisor, pelesen, dan pengendali rangkaian kedai serbanekaantarabangsa yang juga, sejak Mac 2007, menjadi rangkaian kedai terbesar dalam semua kategori setelah mengatasi McDonald's dengan 1,000 cawangan.[1] Kedai-kedainya terletak di 18 buah negara, dengan pasaran-pasaran terbesar di Jepun, Amerika Syarikat, Taiwan danThailand.
7-Eleven ialah anak syarikat Seven & I Holdings Co. di Jepun.
antara tawaran-tawaran 7-Eleven termasuk produk label persendirian, termasuk Slurpee, iaitu minuman separa beku yang diperkenalkan pada pertengahan 1960-an, dan Big Gulp, iaitu minuman ringan yang diisi dalam cawan besar yang bersaiz antara 20 dan 64 auns bendalir.
Kedai-kedai 7-Eleven di Malaysia dimiliki oleh Convenience Shopping Sdn. Bhd. (CSSB) yang kini mengendali kira-kira 800 buah kedai di seluruh negara dan berancang untuk mengembang sehingga 1000 cawangan. 7-Eleven di Malaysia ditubuhkan pada 4 Jun 1984 oleh Berjaya Group Berhad.
14/6/11
![]() |
| Ridzuan Zainuddin |
Tujuh sebelas Malaysia berhad merupakan Salah satu tempat aku mencari rezeki pada cuti semester kali ni.Aku dah taw cuti 2 bulan memang lama dan membosankan jadi cepat-cepat aku apply kerja,aku isi form 28/4/11 dia panggil interview 2/5/11 pukul 10pagi,11 malam dalam hari yang sama aku terus masuk kerja,tak sempat nak relax terus masuk kerja.Gaji takda la banyak tapi lepas la nak bayar yuran-yuran.Alhamdulillah semester ni aku masuk pakai duit sendiri.hehehe.disebabkan 7e aku ni frenchisee maka arak tidak masuk ke stor aku.Kerja best Cuma berdiri je lah memanjang.Pic ni pun diambil curi-curi sebab kalau Nampak oleh cctv mampos aku kene marah,tu yang tak sempat nak posing sakan..hehehe
![]() |
| 7e Bustand Kamunting |
Rompakan ni berlaku di Klang kalau taksilap,Berlaku tanpa disangka-sangka,sumber youtube.
![]() |
| Fixie Tok Wan |
Basikal ni aku jumpa dalam reban ayam tokwan,saja aku tengah sembang dengan tokwan tiba-tiba tokwan cakap dia ada satu basikal lama tergantung dalam reban,aku masuk la tengok,dia cakap last basikal ni dia gunakan pada tahun 1991,hahaha,time tu aku baru nak dilahirkan,bapak lama weh disimpan,condition dia masih baik Cuma time aku ambil ni tayar dia ja depan belakang pancit,so tukar tiub dalam terus boleh jalan.Basikal ni yang bestnya bukan apa Cuma unik pada handlenya,hahaha,dah macam moto virago weh,chopper bhai,aku pakai gerek ni bila aku nak p main dekat-dekat sini ja.ha kenangan dalam cuti kali ni,aku naik basikal ni pi bayar yuran weh,p BSN naik basikal.hahaha,best sebab parking mana-mana pun takkan hilang,kalau hilang pun senang nak cari dia,dalam Taiping aku sorang ja ada fixie ni,kuang ajaq punya shahir alias ada ka dia kata fixie.Dia boleh jadi fixie Cuma gear belakang dia ja hidup tak mati.Best kayuh ni sebab relax ja santai-santai.Ada orang nak beli tak??jawab dia memang tak la..Bak kata Nabil Ini Barang Best Bro..Peace yoo...
| Taiping Lakes Garden |
Siapa kata fixie dengan MTB tak boleh ride sama-sama?sebenarnya boleh,dia bergantung pada individu itu sendiri.Kalau pergaulannya betul maka buat apa pun boleh tak jadi masalah.Gambar ni aku snap waktu tengah ride,tiba-tiba jumpa budak-budak fixie yang tengah asyik bermain aksi.Aku panggil la diorang untuk bergambar.Ada orang kata,kalau takot basikal kotor baik main fixie ja,Kalau nak main bukit main MTB,jangan la cakap mcm tu,fixie n MTB ni sama ja,dua-dua perlukan tenaga untuk berkayuh,Kayuh nak laju,kayuh la power-power,tak semestinya basikal dia mahal dia boleh pergi laju,tak jugak,tengok minda masyarakat kita,asyik nak pandang yang negatif je.nasib la basikal tua tak boleh masuk Le Tour De Langkawi,kalau lah boleh masuk,yang kayuh tu Azizul Hasni awang pulak,roadbike ka,mtb ka,fixie ka,semua kena tapau weh.Tapi,ada tapinya juga,nak bersukan tu tengoklah tempatnya dan keadaanya dulu,kalau nak main bukit eloklah ada brake and safety2 lain macam helmets,glove,bukan apa incase jadi emergency tiba-tiba brake tak ada,mau tak melambung budak-budak fixie.Jadi gunakanlah Basikal yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi.Credit to mer,Thanks you mer..
![]() |
| Malaysian Lagend Cyclist |
Azizul Hasni Awang.Ini champion woo,Basikal dia saja kerajaan Malaysia Habiskan duit Hampir puluhan ribu ringgit,Jadi tidak hairanlah kerana ia juga merupakan seorang pelumba Negara yang digeruni di persada sukan basikal.
Zoo Downhill
| Lakes Garden |
In this picture were story about us,that are im,burn and achai ,we ride around Taiping lake garden,our place from Taiping lake garden is about 10km.We start ride from rumah achai sebab achai ni orangnya sangat malas nak kayuh dah,so kami kene gegar rumah dia.hehehe,sorry achai ngutuk mu sikit,burn pulak nama asalnya hakim bukan burn,tapi disebabkan nama bapaknya bakar so dengan anak-anak dia orang panggil burn.burn pun sama sorry sebab ngutuk mu.hehehe,time nak ride ni,achai panas gila sebab basikal dia rosak,gear belakang tak boleh berfungsi dengan baik,pastu tayar belakang pun gelong and brake belakang pun tak ada,sampai je kawasan bukit aku dengan burn pantas meninggalkan achai dibelakang.hehehe.Tapi achai orangnya sangat bagus sebab dia telah mensponsor aku @ botol air dengan 1 helmet,cehhh...Ngutuk2 jugak kenalah amik hati balik.hehehe.Thanks you achai.Burn pulak kayuh steady sebab basikal tip-top,susah jugak la nak maintain kayuhan dengan si burn ni sebab stamina dia power.Basikal pun bukan dia punya si pak burn bapak dia yang punya,dia tumpang sekaki je.hehehe.Memang bestlah dapat berkayuh dengan diorang ni,tambah-tambah dengan adanya si achai yang banyak celoteh tu,tak kering gusi kami sepanjang perkayuhan.lepas kayuh yang paling best lepak minum,hehehe,tekak tengah kering kena pulak teh o ais limau,nyum-nyum sedapnya.Dan,dan,dan yang paling suka sekali burn yang paying semua,Thanks you to burn too.hehehe...
| Man kan power,hahaha.. |
Gambar ini dirakamkan oleh adik achai iaitu lisa namanya kalau tak silap.Menceritakan tentang kami Swim Bukit Jana golf resort,wah English education konon,hehehe..Disebabkan cuaca di Taiping yang panas maka kami pun berpakat untuk berendam di swimming pool ni,Harga untuk kanak-kanak Rm5 dan Dewasa Rm6.kami masuk free sebab makcik achai ada beli kondo dalam resort ni,so kami tumpang atas nama makcik achai la.hehehe..Dalam gambar ni terdiri daripada kami 4 orang,aku,achai,adik achai dengan luqman.Luqman aku baru kenal di tuisyen sewaktu kami sama2 form 3 and achai aku dah kenal dia sejak di sekolah rendah lagi.Achai seorang pemain bola yang bagus so that tak hairan pernah satu ketika dulu dia terpilih untuk menyertai latihan menyertai pasukan bola sepak bawah 15 tahun perak.Luqman pulak anak orang kaya sebab mak bapak dia dua-dua cikgu,aku sangat rapat dengan family man sebab dari dulu sampai sekarang tak pernah miss datang raya umah man.hehehe,duit bhai,pastu makan pun sodap-sodap.Thanks you man and family,hehehe..
14/6/11
| Syammir Zahidi |
This is one of my beloved friends,Syammir anak dato zahidi,Masukkan pic mer ni sebab dia dah banyak snap pic aku time kt taiping.Asal nak Photoshoot ja mesti panggil mer sebab dia sangat handal dalam bidang fotografi mengalahkan lagenda manipulasi terkenal tanah air Kukubesi.hehehe.Mer mempunyai ilmu yang sangat tinggi dalam bidang kereta so that mer ni aku panggil dial lagenda,hampir 99.9% segala-galanya dia tahu.hehe.Mer,mer macam-macam la hang ni,kalau pakat nak kenakan orang memang hang no1,tapi mer,enjoy kawan dengan mer ni sebab dia ni sangat banyak bercakap then suka kacau aku,mer walaupun hang suka bahan aku tapi ingat aku lagi pandai kenakan hang balik,hahaha.Mer ni asyik panas ja dengan aku,aku sendiri pun tak faham.Mer,adakah anda masih menyimpan dendam sewaktu kita di sekolah teknik dulu??kalau ada ceq mintak maap naa,hehehe,kita sama-sama usaha mer supaya kita sama-sama Berjaya di hari kelak,Thanks you mer.adios..
21/6/11
![]() |
| Adik-adik,sayang woo.. |
Taman Tasik kamunting,depan rumah je weh,tapi nak pergi kt situ malas gila sebabnya ramai mak ayah bawak anak-anak diorang ke situ,so penuh dengan anak-anak kecil,aku dah lah jog laju,kang ada yang terlanggar pulak,hehehe.Yang sebelah kiri Ika dan sebelah kanan aku auni,dua-dua adik aku,yang si ika ni dapat SPA8 sebagai jururawat,semoga ika buat betul-betul dan mendapat kejayaan yang cemerlang,insyaallah.adikla pun sama,belajar betul-betul tahun depan upsr dah,nanti kalau belajar tak pandai macam mana nak sambung belajar tinggi-tinggi.Ifa dengan ira maaf tak story pasal hangpa,sebabnya pic takda,takpa tunggu yang lain punya pulak naa..Semoga adik-adikku dirahmati allah,amin..
Lepaking malam final maharajalawak
![]() |
| Jozan :) |
Special thanks to Luqman,farez@Goku,Ainur@orang tua,Danial@ayam,Achai,Syammir,Dean Manap,Arep Kampung Jambu,Harith shell and Akmal.Aku rasa yang tu last lepak beramai-ramai sebelum aku berangkat pulang ke Kuantan,OMG im so miss this moment,walaupun takda sorang lagi kawan baik aku tak ada Si Anas Afandy tapi tidak mengapa,mungkin dia sibuk dengan hal pejabat tanah yang kena diuruskan sampai tak sempat untuk melawat kami disini.hehe,its ok anas maybe ada hal yang lebih penting,nanti ada masa kita berjumpa lagi yea.malam tu sangat best sebab ramai berkumpul di kedai makan KFP Budin,Best lepak Kfp Bukan apa sebab screen dia dah macam wayang GSC Pavillion,tapi pavi mahal sini Cuma berbekalkan teh o ais rm1 duduk la hangpa sampai kebas punggung..malam tu budak penuh gila lepak sampai toke kedai abg budin siap hamparkan tikar lagi supaya orang yang berdiri tu dapat duduk dengan selesa,eleh macam kami tak tau,padahal nak untung lebih la tu,hehehe..Malam ni juga mer panas sebab perut dia masuk angin katanya.Balik berak sakan sampai tak sempat nak masuk tandas,hehehe,mer-mer tu la suka sangat kenakan orang..Weh aku rindu time ni dengan hangpa semua..im so miss this moment..
Kesimpulan
Dah macam lab report pulak nak kena ada conclusionkan??hehehe,practise awal-awal sebab sem kalini ada 5 subjek mempunyai lab report,OMG i must do the best.Kesimpulan daripada cuti sem kalini,im so sorry when ada sakitkan hati sesiapa,terkasar bahasa ke,gurau kasar ke,yang dah belanja aku tu thanks you so much aku ucapkan,ada rezeki nanti aku belanja balik yea,yang aku tak sebut nama dalam blog kali ni pun aku nak mintak maaf jugak,biasalah kalau nak diceritakan semua maka tak cukup 2 bulan aku karang kang.ACHAI Thanks you botol air dengan helmet MTB,MER Thanks you Aloe Vera yang hang bagi tu,aku nak bawak balik Kuantan and tanam kat poli aku,ANAS best gila p kacau anjing kat makationg,best sebab naik keta hang,hahaha.MAN RXZ Best sebab selalu ajak lepak,PAAT im so sorry aku tau aku banyak salah dengan hang sebab time hang ajak lepak aku selalu mengelak,maaf weh aku letih gila paat,HARITH janji nak berhenti kerja sama-sama dengan aku,tapi aku yang berhenti dulu,FAREZ amboi helmet baru awok yea,DANIAL hang jaga elok-elok bisnes ayam bapak hang tu,moga-moga hang boleh jadi toke ayam yang Berjaya suatu hari nanti,AZID amboi dah ada awek awok sekarang yea.Lastly thanks you to all my friends,thanks you for everything.Ok aku balik dulu,nanti ada masa berjumpa lagi kita,selamat berjuang buat rakan-rakan yang lain.Bye-bye Taiping,i will miss all of that.Salam..
Teh
-TAMAT-
Subscribe to:
Comments (Atom)
























